
Durrani is ecstatic when renowned lawyer Norman K asks her to work with him on a high-profile divorce case. Together with new associate Mikhail, they represent the seemingly perfect gentleman, Rizal Omar against his volatile wife, Tina, but soon realizes that things are not what they seem. Meanwhile Reza wants to spice things up with new experiences, but is disappointed when Durrani becomes embroiled in her work. Durrani teruja apabila peguam terkenal Norman K mengajaknya untuk bekerjasama dalam kes cerai berprofil tinggi. Bersama staf baharunya, Mikhail, Durrani mewakili Rizal Omar yang kelihatan seperti lelaki paling sempurna berbanding isterinya, Tina, yang emosinya tidak stabil. Tetapi mereka menyedari bahawa ada sesuatu yang terselindung. Reza pula mahu merancakkan rumah tangga mereka namun kecewa kerana Durrani terlalu sibuk dengan kerjanya.
A video recording seems to show Tina as a violent mother. Durrani forges ahead and wins her case. But her triumph is short-lived when a tragic incident ensues, sending Durrani into an emotional, guilt-ridden tailspin. Depressed, Durrani wants to give up family law altogether, but she pulls herself together and is determined to redeem herself. She takes on another divorce case, bringing Durrani and Roslina together this time as allies. Dalam sebuah video, kelakuan Tina kelihatan seperti seorang ibu yang ganas. Durrani memenangi kes tersebut tetapi semuanya menjadi keruh sekelip mata apabila satu kemalangan tragis terjadi. Durrani rasa bersalah dan mengalami kemurungan. Dia ingin berundur daripada bidang udang-undang keluarga, tetapi mampu bangkit semula dan bertekad untuk menebus kesilapannya. Durrani mengambil kes perceraian yang baharu, dan memerlukan bantuan Roslina.
A high-power executive’s reputation is in jeopardy when her brother writes a tell-it-all memoir, claiming that she was the cause of his childhood trauma. Durrani takes on her defamation case where an old secret comes to light. Nabilah goes through a challenging time when she is put in charge of her brother, Harris. Reputasi seorang eksekutif berprofil tinggi terancam apabila adiknya menulis buku memoir yang mendedahkan bahawa dialah punca trauma zaman kanak-kanaknya. Durrani mengambil kes saman malu ini yang membongkar rahsia lama. Nabilah melalui cabaran apabila diberi tanggungjawab untuk menjaga adiknya, Harris.
Durrani faces an uphill battle representing her female client, who is claiming an inheritance from her late stepfather, contested by his only son under Faraid law. Meanwhile, following a recent health scare, Reza begins making major lifestyle changes that starts to affect the entire family. Feeling neglected at home, Saliha starts visiting Durrani’s house more frequently, stirring tension within the household. Durrani menghadapi cabaran besar mewakili seorang wanita yang ingin menuntut harta warisan daripada arwah bapa tirinya. Dia ditentang oleh anak lelaki tunggal arwah menggunakan hukum Faraid. Selepas mengalami masalah kesihatan, Reza membuat perubahan besar dalam gaya hidupnya sehingga menjejaskan seluruh keluarganya. Berasa tidak dipedulikan di rumahnya, Saliha mula kerap berkunjung ke rumah Durrani, menimbulkan tekanan dalam keluarga itu.
Liyana begins pressuring Durrani about her case, but Durrani is convinced that her client is hiding something. After persistent probing, Durrani is shocked to uncover the real reason behind Liyana’s desperation for her late stepfather’s inheritance. Meanwhile, Saliha attempts to reconcile with Mazlan, but the more she tries, the more frustrated she becomes. As a distraction, Nabilah encourages Saliha to join an online pantun competition. Liyana mula mendesak Durrani tentang kesnya, namun Durrani yakin bahawa kliennya sedang menyembunyikan sesuatu. Setelah disoal, Durrani terkejut apabila mengetahui sebab sebenar Liyana begitu terdesak untuk mendapatkan harta arwah bapa tirinya. Saliha cuba berbaik semula dengan Mazlan, tetapi semakin dia mencuba, semakin dia rasa kecewa. Untuk menenangkan keadaan, Nabilah pujuk neneknya untuk menyertai pertandingan pantun dalam talian.
Durrani takes on a pro-bono case for Kalsom, a mother seeking financial support from her estranged son, Hazim. But as details surface, Durrani begins to suspect her client may be hiding the truth. As she investigates deeper, Durrani is forced to question where justice truly lies. Meanwhile, Reza explores becoming a full-time CoreWay agent. Mikhail is taken aback when he learns Roslina might already have someone special. Durrani mengambil kes pro-bono mewakili Kalsom, ibu yang menuntut nafkah daripada anaknya Hazim. Namun semakin diselidik, Durrani mula syak bahawa Kalsom menyembunyikan sesuatu. Durrani harus mencari kebenaran dan keadilan. Reza pula mempertimbangkan menjadi ejen sepenuh masa CoreWay selepas bertemu Frankie. Mikhail terkejut mengetahui Roslina mungkin sudah ada hubungan istimewa dengan seseorang.
Estranged daughter Jasmine turns to lawyer Durrani to claim her rightful inheritance but encounters obstacles because her parents' marriage wasn't officially registered in Singapore. As the inheritance dispute becomes public, tensions rise, uncovering deeper secrets and testing Durrani's boundaries between professional responsibility and personal involvement. Simultaneously, Reza struggles emotionally and professionally after his mentor’s tragic death. Jasmine mendapatkan bantuan Durrani untuk menuntut harta arwah bapanya. Dia berhadapan dengan kesukaran kerana perkahwinan ibu bapanya tidak didaftarkan secara rasmi di Singapura. Tekanan semakin memuncak apabila kes Durrani mendapat perhatian umum, sementara Durrani terperangkap antara menjaga reputasi profesionalnya sebagai peguam dan nalurinya sebagai seorang ibu. Reza pula mula mempersoalkan kerjayanya setelah kehilangan mentornya.
Jasmine's inheritance claim is rejected. Determined to continue fighting, Durrani becomes personally invested, pushing her emotional boundaries and clouding her professional judgment. Meanwhile, Elina's health deteriorates significantly during the stressful preparations. At home, Reza faces difficulties after making risky financial decisions, and Durrani’s mother, Saliha, contemplates major life changes. Tuntutan harta warisan Jasmine ditolak. Durrani nekad meneruskan perjuangannya. Dia semakin terlibat secara emosi sehingga dia tidak dapat berfikir sebagai seorang peguam profesional. Pada masa yang sama, kesihatan Elina pun semakin merosot akibat tekanan kes ini. Reza telah mengeluarkan wang mereka tanpa berbincang dengan Durrani, manakala Saliha pula membuat keputusan yang bakal mengubah hidupnya.
Durrani is caught off guard when Mikhail accepts a case without her agreement, representing Salleh, a mentally challenged father fighting to reunite with his daughter, Belle, after she was taken away by authorities for alleged abuse and neglect. Meanwhile, tensions rise between Mikhail and Roslina when Roslina admits she cannot commit to Mikhail, not while her relationship with her teenage son, Farid, remains strained. Tanpa persetujuan Durrani, Mikhail menerima kes mewakili Salleh, seorang bapa kurang upaya intelek, yang ingin bersatu semula dengan anaknya, Belle, yang telah diambil oleh pihak berkuasa atas dakwaan penderaan dan pengabaian. Masalah mula timbul antara Mikhail dan Roslina apabila Roslina mengaku dia tidak mampu memberi komitmen kepada Mikhail, selagi hubungan dengan anak remajanya, Farid, masih rapuh.
Durrani is determined to show the court that Salleh’s condition does not equate to incompetence. Meanwhile, Reza continues his crusade to help Amir escape the manipulative grip of CoreWay. Mazlan unexpectedly visits Saliha in a bid to repair their strained relationship, but the unannounced gesture only reinforces her boundaries. Durrani is caught off guard when Saliha shows up at her office unannounced. Durrani berjuang untuk membuktikan bahawa Salleh layak untuk menjaga anak perempuannya, Belle. Reza terus berusaha memujuk Amir agar keluar daripada cengkaman manipulatif CoreWay. Mazlan pula tiba-tiba muncul untuk berjumpa Saliha dalam usaha untuk memperbaiki hubungan mereka yang renggang. Namun, ini hanya mengeruhkan keadaan. Durrani tergamam apabila Saliha muncul di pejabatnya.
Durrani and Mikhail uncover troubling signs that suggest helper Ina may not be the aggressor of her employer, but a victim of long-term emotional and physical abuse. Meanwhile, Reza gathers evidence to expose CoreWay, only to be publicly humiliated. Saliha’s firm stance on divorcing Mazlan causes friction at home, while Roslina and Mikhail’s strained relationship finds healing after Farid gently encourages his mother to pursue happiness. Durrani dan Mikhail syak bahawa Ina mungkin bukan pelaku tetapi mangsa penderaan emosi dan fizikal yang berlarutan. Reza mengumpul bukti untuk mendedahkan keburukan CoreWay tetapi dimalukan di khalayak ramai apabila dihalau keluar. Saliha bertegas mahu bercerai dengan Mazlan, menyebabkan konflik dalam keluarga. Manakala itu, hubungan Roslina dan Mikhail yang retak mula pulih apabila Farid menggalakkan ibunya untuk mengejar kebahagiaan.
A shocking discovery reveals two girls were switched at birth, placing their families on a collision course. Durrani finds herself caught between her parents when her mother decides to go through with divorcing her father. Meanwhile, someone from Roslina’s past returns. Dua anak perempuan tertukar semasa lahir, menyebabkan pertembungan antara dua keluraga. Durrani berasa tersepit apabila ibunya nekad meneruskan perceraian. Seseorang dari masa lalu Roslina muncul kembali dalam hidupnya.
Durrani represents the parents of one of the swapped babies Emotions run high and love, loyalty and identity are put to the test. Meanwhile, Mikhail struggles with insecurity and jelousy with the return of Taufiq, who wants to be back in Farid’s life, putting Roslina in an impossible position. Durrani mewakili ibu bapa salah seorang bayi yang tertukar. Pergolakan emosi memuncak, menguji kasih sayang dan kesetiaan tatkala identiti menjadi persoalan. Keyakinan diri Mikhail tergugat dan dia berasa cemburu apabila Taufiq muncul semula dengan hasrat untuk kembali dalam hidup Farid, membuat Roslina berada dalam dilema.
Farid discovers that Roslina was not entirely truthful about Taufiq’s absence in his life, which sours his relationship with her. Taufiq and Farid become close but only for Taufiq to demand his full custody. Durrani becomes embroiled in the custody case, her opposing counsel no other than Norman K himself and his new associate, Mikhail. Her marriage takes a toll compounded by the family having to process Saliha and Mazlan's divorce. Farid mendapat tahu bahawa Roslina tidak jujur tentang sebab Taufiq menghilang. Ini merosakkan hubungannya dengan ibunya. Taufiq semakin rapat dengan Farid dan menuntut hak penjagaan sepenuhnya. Durrani menjadi begitu sibuk mengendalikan kes hak penjagaan Farid, menentang peguam Taufiq, Norman K serta pembantunya Mikhail. Rumah tangga Durrani menjadi huru-hara apabila mereka sekeluarga berhadapan dengan perceraian Saliha dan Mazlan.
Mikhail discovers that Norman K is behind a cover up in the Bina Forge tragedy and decides to investigate. Farid and his parents undergo a court evaluation. His recent resentment towards his mother tips the case towards his father. Mikhail finds out about a sexual harassment case involving Taufiq which might help turn the tables on him. Durrani’s marriage becomes increasingly strained, with buried resentments coming to the surface. Mikhail menyiasat untuk membongkar salah laku Norman K dalam kes tragedi Bina Forge. Farid dan ibu bapanya terpaksa melalui penilaian mahkamah. Kemarahan Farid terhadap ibunya memberikan kelebihan kepada bapanya. Mikhail terjumpa maklumat tentang aduan gangguan seksual yang melibatkan Taufiq. Ini mampu menjejaskan kes hak penjagaan Farid. Durrani dan Reza masing-masing meluahkan segala yang terpendam. Ini menggugat rumah tangga mereka.